3 Perkara Lepasan Graduan Boleh Lakukan Sebelum Kerja

Tidak mudah lepasan graduan (fresh graduates) untuk mendapat kerja selepas tamat pengajian. Mengikut statistik, kadar pengangguran Malaysia pada tahun 2018 seramai 516,400. Walaupun turun 0.1% berbanding 2017, angka itu masih besar.

Setengah juta rakyat Malaysia masih belum bekerja!

kadar-pengangguran-malaysia

Jadi, apa graduan boleh lakukan untuk sekurang-kurangnya mendapat pendapatan. Pada post kali ini, saya akan kongsikan perkara yang boleh dilakukan sebelum dapat kerja sebenar.

Kerja sebenar ini adalah kerja idaman yang bersesuaian dengan bidang pengajian. Contohnya, jika graduan berkelulusan Sains Komputer, kerja idaman mungkin menjadi Jurutera Komputer atau Programmer.

 1. Kerja Sambilan

Untuk dapat duit perlu kerja. Tidak kira kerja apa sekalupun, asalkan bermoral dan boleh jana pendapatan, seorang graduan boleh ceburi. Buang tabiat malu dalam diri kerana perlu diingat, ianya adalah kerja bukan mencuri.

Ramai sebenarnya fresh graduates seperti anda bekerja secara sambilan. Sekurang-kurangnya dapat sedikit pendapatan untuk tambung hidup. Lebih baik, jika ada lebihan rezeki untuk dikongsi bersama ibu bapa atau boleh bayar yuran pinjaman.

Ada banyak kisah graduan bekerja sambilan dan ahirnya berjaya dalam pekerjaan tersebut. Daripada sambilan kemudian diserap menjadi staff sepenuh masa. Gaji pun meningkat.

Walaupun bidang pengajian lain tetapi dengan pengalaman kerja secara sambilan dalam masa yang lama, seseorang dapat menjadi seorang staff yang sangat berjaya.

Contohnya kerja sambilan di restoran makanan segera, pasaraya, pembinaan dan pertanian.

2. Buat Bisnes Kecil-Kecilan

Selain kerja makan gaji, satu lagi cara terbaik untuk jana pendapatan adalah dengan buat bisnes. Untuk permulaan, jalankan secara kecil-kecilan. Tidak mustahil jika berterusan dengan semangat dan ilmu yang betul, bisnes kecil-kecilan boleh bertukar menjadi satu entiti yang berjaya.

Saya sendiri selepas tamat belajar buat bisnes kecil-kecilan. Dengan bantuan beberapa orang rakan, kami menjual serunding ayam dan daging. Stok kami peroleh dari Kota Bharu, Kelantan kerana sahabat saya berasal dari sana. Dia kenal pembekal serunding.

Alhamdulillah, dapat juga beberapa ratus sebagai duit poket. Kemudian kami jual hotdog dari bilik ke bilik di kolej kediaman universiti. Walaupun tidak banyak tetapi boleh tampung hidup untuk makan dan bayar sewa rumah.

Bisnes kecil-kecilan ada banyak tawaran di internet. Kita cuma perlu rajin mencari dan buat pilihan terbaik. Awas, sewaktu kita terdesak untuk buat bisnes, ada beberapa individu yang tidak baik akan menipu. Penipu (scammer) ini sangat licik.

Dengan janji manis, kita bukan dapat duit tapi habiskan duit. Dapatkan review dari internet, rakan-rakan atau orang lebih berpengalaman sebelum menyertai apa-apa program yang menjanjikan wang tak masuk akal.

Antara bisnes kecil-kecilan yang tidak memerlukan modal tinggi seperti jual sarapan pagi, bisnes cetakan baju, cenderahati korporat dan barangan kraftangan. Medium pemasaran juga banyak. Untuk permulaan, gunakan kuasa online seperti Facebook dan Instagram untuk membuat promosi.

3. Jadi Agen Jualan

Apa lagi lepasan graduan boleh lakukan? Jadi agen jualan. Ini juga cabang bisnes tetapi kita tidak perlukan modal dan peralatan awal. Ada kalanya tidak perlu simpan stok. Jadi tak sama seperti saranan nombor dua di atas.

bisnes-kecil-kecilan

Bukan hanya lepasan graduan yang masih mencari kerja tetapi mereka yang bekerja juga menjadikan bisnes agen jualan ini sebagai pendapatan kedua.

Ramai rakan-rakan saya yang masih bekerja asalnya menjadi agen jualan tetapi dek kerana sambutan yang hangat, mereka terus mengorak langkah berhenti kerja dan focus pada agen jualan secara sepenuh masa.

Antara yang popular adalah jadi agen penapis air, agen produk kecantikan, agen produk kesihatan dan agen insuran. Modal yang diperlukan adalah ilmu. Dengan teknologi internet, banyak saluran ilmu dapat diperoleh.

Lebih menarik, ilmu-ilmu perniagaan dan pemasaran diajar oleh pemilik produk atau upline sesuatu produk

Pendapatan Lepasan Graduan

Rezeki itu ada di mana-mana. Asalkan kita berusaha, pasti boleh berjaya. Ada banyak peluang pekerjaan dan bisnes untuk lepasan graduan. Kita cuma perlu pilih bidang diminati dan mulakan walaupun secara sambilan.

-MZ ISMAIL-

Leave your thoughts

ebook temuduga kerja

Job vacancy for fresh graduate. Find your dream job today!

Follow Us