Gembirakan Pekerja? 10 Perkara Ini Majikan Boleh Lakukan

Bebanan kerja seharian akan memberi tekanan yang berlebihan kepada perkerja.

Setiap masa mengadap kerja, mengadap komputer atau berurusan dengan pelanggan memang memenatkan badan.

Namun, sebagai majikan yang prihatin, mereka amat mengambil berat bukan sahaja kesungguhan tugasan harian tetapi lebih daripada itu.

pekerja-gembira

Kredit gambar: businessnewsdaily.com

Majikan sedaya upaya berusaha mengutamakan kebajikan pekerja dalam organisasi supaya terus berada dalam keadaan seronok dan gembira.

Pekerja yang gembira bekerja akan menguntungkan kedua-dua pihak. Pekerja akan lebih seronok tanpa tekanan dan hasilnya syarikat akan bertambah maju dan berjaya.

Jadi, bagaimana untuk mengembirakan hati pekerja?

Kami sudah sediakan untuk anda 10 perkara majikan dapat lakukan kepada pekerja.

Jom sama-sama baca perkongsian kami.

#1. Percutian oleh Syarikat (Company Trip)

Membawa pekerja bercuti di tempat pelancongan sangat menaikkan semangat dan motivasi mereka. Siapa yang tidak suka bercuti.

Bercuti bermakna tidak bekerja dan dapat berehat. Company trip akan menjadi lebih bermakna kepada para pekerja apabila diberi peluang membawa keluarga bersama.

Lebih menarik apabila syarikat menaja sepenuhnya tiket perjalanan dan penginapan hotel. Semuanya percuma.

Cuma perlu bawa badan sahaja dan sedikit wang saku untuk membeli ole-ole seperti coklat, barangan cenderahati dan sebagainya.

Contoh tempat percutian menarik di Malaysia seperti Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Legoland dan Cameron Highland.

Tempat percutian ini menawarkan banyak keseronokan berjalan sambil menghirup udara segar yang jarang ditemui di tempat kerja.

Biasanya, percutian oleh syarikat dilakukan ketika cuti sekolah kerana ahli keluarga terutamanya anak-anak tidak bersekolah.

Jadi masa bersama keluarga dapat diisi dengan baik semasa percutian ini.

Perancangan untuk bercuti boleh dibuat ketika awal tahun.

Majikan akan mengambil pakej percutian secara berkumpulan kerana kosnya lebih murah dan menguntungkan.

#2. Bonus Tahunan

Keuntungan syarikat akan memberi banyak faedah kepada pekerja. Salah satunya adalah bonus berupa wang ringgit.

Ada syarikat yang memberikan satu kali bonus setiap hujung tahun.

Ada dua kali setahun malah ada syarikat yang memberi bonus tiga kali setahun.

Mantap!

Walaupun sekadar sebulan gaji atau saguhati RM500 kepada pekerja, namun ianya memberi satu kegembiraan kepada mereka.

Pekerja tahu mereka adalah aset penting kepada syarikat. Tanpa pekerja, mustahil operasi syarikat dapat bergerak.

Memberi bonus kepada pekerja akan menaikkan semangat bekerja seterusnya menaikkan taraf kehidupan keluarga.

Dengan lebihan wang hasil bonus, pekerja secara tidak langsung dapat membantu keluarga, membeli pakaian anak-anak, mengirim wang lebih kepada ibu bapa.

Malah dapat menyumbang kepada masyarakat sekeliling.

Bagi syarikat yang pasti setiap tahun ada bonus kepada pekerja, tahniah kami ucapkan kerana anda menghargai pengorbanan dan jasa pekerja anda.

#3. Majlis Jamuan Makan

Sebut pasal makan, semua orang suka. Bos suka, pekerja lagilah suka sebab dapat makan percuma.

Majikan boleh gembirakan hati pekerja dengan mengajurkan majlis jamuan makan. Hidangan ala kadar sudah memadai. Tidak perlu terlalu banyak bimbang membazir.

Boleh dibuat setiap bulan, setiap 3 bulan atau setiap 6 bulan. Pada majlis jamuan ini, pekerja dapat bertemu dengan majikan secara lebih santai. Tidak formal dan bersahaja.

Jamuan makan secara santai akan lebih mengeratkan komunikasi antara pekerja dan majikan. Boleh sembang mengenai keluarga, hobi dan apa sahaja.

Tidak terikat dengan pertanyaan kerja seharian. Baru pekerja akan seronok sebab mereka rasa diambil berat dari setiap perkara.

#4. Majlis Sambutan Hari Lahir

Kenangan terindah seorang pekerja apabila syarikat memberikan hadiah sempena sambutan hari lahir. Ia sangat personal dan rasa sangat dekat dihati.

Untuk sambutan hari lahir, majikan boleh kumpulkan staff bersama yang menyambut ulang tahun pada bulan yang sama.

Boleh buat majlis potong kek dan jamuan makan. Pekerja dapat potong kek secara berjemaah.

Baru tak malu pekerja lelaki! Pelik sekarang, lelaki lebih malu daripada perempuan.

Semasa majlis, majikan dapat menyampaikan hadiah. Tidak perlu terlalu mahal sebenarnya, asalkan hadiah dapat dijadikan kenangan seperti mug bercetak ucapan dan nama penerima.

#5. Hari Keluarga Syarikat

Hari keluarga (family day) sudah tidak asing lagi kepada syarikat di Malaysia.

Saban tahun, di tempat percutian kita dapat melihat puluhan malah ratusan orang berpakaian seragam melakukan pelbagai aktiviti bersama.

Banyak acara boleh dianjurkan ketika hari keluarga dijalankan seperti permainan berkumpulan, sukaneka, cabutan bertuah dan aktiviti lawak jenaka.

Memang hilang stress para pekerja dapat bergelak ketawa bersama rakan dan keluarga.

#6. Kenaikan Gaji Tahunan

Gaji adalah sebab utama seorang pekerja terima tawaran untuk bekerja di syarikat.

gaji-naik

Kredit gambar: dnevne.rs

Bagi syarikat yang mempunyai polisi kenaikan gaji yang jelas dapat membantu pekerja mendapat gaji yang lebih baik setiap tahun.

Kenaikan gaji boleh diukur dengan pengalaman kerja dan prestasi pekerja. Lebih bagus seseorang pekerja, lebih bernilai kepada syarikat.

Jadi, lebih peluang untuk mendapat kenaikan gaji setiap tahun.

Prestasi dapat diukur dengan wujudnya Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators) atau disebut KPI.

Majikan atau pengurus akan tetapkan KPI tahunan untuk dicapai dan sebagai ganjarannya, pekerja akan dipertimbangan untuk kenaikan gaji jika mencapai target KPI.

#7. Faedah Perubatan di Hospital

Sakit demam perkara biasa kepada pekerja sehingga membawa kepada cuti sakit dan rawatan di hospital.

Bagi syarikat yang pentingkan kebajikan pekerja, mereka akan diberikan faedah perubatan seperti Guarantee Letter (GL).

Surat ini adalah jaminan perubatan daripada majikan khusus untuk pekerja.

Pekerja hanya perlu datang ke panel hospital menerima rawatan secara percuma.

Ada syarikat memberikan faedah perubatan untuk rawatan pesakit luar sehingga perlindungan semasa di wad.

Lebih menarik, syarikat memberi rawatan bukan hanya kepada staff mereka tetapi meliputi ahli keluarga di bawah tanggungan mereka.

Pekerja sudah jimat beratus ringgit terutamanya jika menerima rawatan di hospital swasta. Dengan penjimatan wang ringgit ini dapat digunakan untuk perkara lain yang lebih penting.

#8. Faedah Kemudahan Pinjaman Bank

Siapa tidak pernah hutang? Lebih-lebih lagi mereka yang bekerja di sektor kerajaan atau swasta. Hutang rumah, hutang kereta, hutang pendidikan dan hutang peribadi.

Tahukah anda, gaji bulanan kebanyakkannya dihabiskan semata-mata untuk membayar hutang.

Hujung bulan terima gaji, tidak sampai seminggu habis disebabkan penangan hutang.

Orang berhutang sebab tidak cukup tunai di tangan. Itu sahaja sebabnya. Majoriti perkara yang memerlukan hutang bernilai puluhan ribu ringgit.

Oleh demikian hutang menjadi keperluan kepada mereka yang tidak cukup wang.

Syarikat besar kebiasaannya mempunyai panel bank tertentu.

Faedah panel ini antaranya dapat memberikan hutang dengan mudah dengan kadar faedah yang rendah.

Dua benda ini (mudah hutang dan faedah rendah) adalah tarikan utama kepada pekerja untuk memohon pembiayaan.

Jika peluang baik begini sudah semestinya menjadi rebutan para pekerja memiliki apa dihajati tetapi awas, setiap hutang perlu dibayar.

Tidak boleh elak, tidak boleh lari.

#9. Cuti Panjang Semasa Bersalin

Menerima kelahiran terutamanya anak sulung memerlukan pengorbanan yang banyak terutamanya proses awal mengurus anak.

Bagi pekerja, tempoh cuti lama diperlukan untuk mencari pengasuh, mengurus bayi dan sebagainya.

Sangat perlu tempoh cuti yang panjang untuk menyiapkan semua ini.

Di Malaysia, kita bersyukur dan berbangga kerana wanita kakitangan awam mendapat cuti 60 hari dan pekerja swasta biasanya mendapat cuti 30 hari selepas bersalin.

Satu tempoh yang difikirkan berbaloi untuk dimanfaat oleh ibu bapa.

Untuk bapa pula, ada syarikat hanya memberi cuti sehari. Fikir-fikirkan apa yang boleh dibuat dengan hanya sehari.

Terpaksa digunakan cuti tahunan untuk menampung kekangan masa yang ada.

Gembirakan hati pekerja dengan memberikan cuti sekurang-kurangnya seminggu untuk bersama keluarga tercinta.

Pekerja sudah berkorban masa, tenaga dan ilmu untuk syarikat, apa salahnya beri ganjaran cuti yang lebih panjang kepada mereka.

Tetapi CIMB Bank Berhad bermula pada tahun 2017 telah memberi cuti paterniti selama sebulan kepada bapa yang menerima kelahiran anak pertama.

Asalnya 3 hari tetapi dilanjutkan kepada 30 hari.

Tahniah kepada bapa dan juga CIMB! Lepas ni boleh cuba mohon kerja di CIMB.

#10. Penghargaan Pekerja Terbaik

Dalam sesebuah organisasi pasti ada pekerja yang sangat dedikasi menjalankan tugas.

Untuk menaikkan moral pekerja dan menjadi inspirasi kepada pekerja lain, majikan boleh memberikan penghargaan pekerja cemerlang.

Hadiahkan token atau plak sebagai tanda menghargai jasa mereka membangunkan syarikat.

Apa syarikat anda boleh berikan untuk gembirakan hati pekerja? Jom kongsikan di ruangan komen.

Moga sama-sama mendapat manfaat.

Leave your thoughts

ebook temuduga kerja

Job vacancy for fresh graduate. Find your dream job today!

Follow Us