Video: 8 Soalan dan Jawapan Temuduga

Proses temuduga adalah peluang terbaik untuk pencari kerja menonjolkan bakat. Sebagai penemuduga (majikan), mereka juga sudah mempunyai soalan dan harapan daripada sesi temuduga tersebut.

Kata orang, temuduga adalah selangkah untuk dapat kerja. Anda dipanggil temuduga bermaksud sudah 50% selesai. Selebihnya 50% bergantung kepada temuduga.

Post kali ini kami kongsikan satu video yang bermanfaat berkenaan soalan dan jawapan temuduga.

Ada beberapa intipati penting dalam video ini iaitu:

1. Ceritakan tentang diri anda. Majikan inginkan kesungguhan anda bercerita tentang diri.

2. Apakah kekuatan dan kelebihan anda? Majikan ingin lihat tahap keyakinan dan positif dalam diri.

3. Apakah kelemahan anda? Semua orang ada kelemahan tetapi paling penting bagaimana mengatasi kelemahan tersebut.

4. Pada 5 tahun akan datang, di manakah tahap anda? Ini soalan dan jawapan temuduga untuk mengetahui tahap komitmen jangka panjang anda kepada syarikat.

5. Apa yang anda tahu berkaitan syarikat? Penemuduga ingat lihat tahap serius anda berkaitan kerja dan syarikat.

6. Bagaimana anda menghadapi perubahan? Syarikat ini mengetahui  anda bersedia dengan rancangan perubahan syarikat.

7. Bagaimana anda bekerja dalam tekanan? Mereka ingin tahu persediaan mental dan fizikal menguruskan tekanan.

8. Bagaimana anda membuat sesuatu keputusan penting? Majikan ingin lihat cara keputusan dan tindakan yang bakal diambil bersesuaian dengan hala tuju syarikat.

Jom tonton dan bersedia selengkapnya. Harapan kami agar kita sama-sama belajar sesuatu daripada perkongsian ini.

Leave your thoughts

ebook temuduga kerja

Job vacancy for fresh graduate. Find your dream job today!

Follow Us